Perlawanan bertemu Perlis batal, Kelantan kekal fokus - Utusan Malaysia

Perlawanan bertemu Perlis batal, Kelantan kekal fokus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 21 Feb. – Meskipun aksi Liga Perdana menentang pasukan Perlis, di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini Jumaat ini batal, mental barisan pemain The Red Warriors (TRW) tidak terjejas dan kekal fokus untuk perlawanan seterusnya.

Pembatalan aksi itu ekoran Perlis disingkirkan daripada bertanding dalam mana-mana Liga Malaysia oleh Malaysia Football League (MFL).

Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn. Bhd., Ahmad Fadli Mohammad berkata, TRW tetap menjalani persiapan seperti biasa untuk berdepan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada 2 Mac depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Persiapan tetap perlu dilakukan bagi memastikan ‘mood’ dan momentum pemain tidak terjejas sekali gus boleh mempengharuhi persembahan pasukan.

“Saya harap pemain akan terus kekal fokus dalam mengharungi saingan Liga Perdana selepas ini,” katanya.

Ahmad Fadli memberitahu, pihaknya akan mematuhi segala peraturan sebagaimana ditetapkan oleh MFL dari masa ke semasa.

Tindakan tegas ke atas Perlis itu diambil selepas Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) dikatakan berdepan masalah kewangan yang kronik.

Semalam, Ahli Lembaga Pengarah MFL sebulat suara menyingkirkan Perlis selepas mendapati pasukan yang bersaing dalam Liga Perdana itu tidak memiliki struktur kewangan kukuh untuk terus bertahan musim ini.

Akhbar Utusan Malaysia turut melaporkan, penyokong Singa Utara sudah hilang sabar dan mendesak Presiden PFA Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie segera meletak jawatan.

Bagi mereka, cukuplah Ahmad Amizal telah memalukan negeri ini dengan pelbagai isu yang timbul sejak kebelakangan ini sehingga nama bola sepak Perlis tercemar dan menjadi perbualan seluruh negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×