GUA MUSANG – Perhiasan cantik dan menarik membangkitkan semangat untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Hiasan seperti bunga-bungaan, tanglung, rumah cina, tulisan kaligrafi dan hiasan menggunakan angpau menjadi kemestian untuk menyemarakkan lagi sambutan itu. Golongan wanita paling sibuk membuat persiapan untuk menghias rumah dan juga tokong. Bagi Cheong Wan Choo, 50, yang tinggal di Kampung Baru di sini dia sekeluarga sudah tidak sabar untuk menyambut Tahun Baharu Cina. Katanya, setiap…










