JAKARTA 4 Feb. – Pilihan raya umum (Pemilu) pada 17 April ini semakin hampir. Gandingan calon Presiden (Capres) dan calon Naib Presiden (Cawapres) terus bersaing bagi meningkatkan peluang dipilih. Sandiaga Salahuddin Uno atau Sandiaga Uno juga dilihat tidak lelah dalam menyampaikan visi dan misi dengan mendekati rakyat lebih rapat. Beliau yang meninggalkan jawatannya sebagai Timbalan Gabenor Jakarta kerap bertindak unik. Kata-kata yang dilontarkan olehnya juga berulang kali menjadi topik perbincangan…










