Perangai aneh perempuan - Utusan Malaysia

Perangai aneh perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Assalamualaikum. Bro ini seorang berbudi bahasa dan bersopan santun, jadi Bro nak ucapkan terima kasih kepada Miss Kitty kerana ‘ganti tempat’ Bro minggu lepas. Alhamdulillah, Bro dah sihat dan insya-Allah boleh terus menulis.

Minggu lepas Miss Kitty tulis pasal perempuan mem­bebel. Biasalah Miss Kitty mestilah keluarkan segala hujah untuk mem­pertahankan perangai buruk tu, tetapi Bro tak berniat nak ulas cuma Bro nak cakap satu sahaja, perempuan kalau boleh masa lena pun mereka nak membebel. Jadi biarkan sahajalah sebab ada orang kata `membebel itu hiburan’ untuk kaum wanita.

Sebenarnya banyak lagi perangai perempuan yang Bro rasa nak kata pelik pun boleh juga iaitu hendak cantik cepat dan nak kurus cepat. Disebabkan keterujaan dan keghairahan itu, maka berlumba-lumba mereka mencari apa sahaja produk untuk cantik.

Bro tak kata nak cantik itu salah, cuma minta pe­rem­puan janganlah taa­sub sangat sehingga memudaratkan diri. Yang dah kurus nak kurus lagi sampai sekali pandang ma­cam cicak berjalan, yang berisi pula kata nak kurus tetapi ‘melantak’ makanan, lima orang makanpun belum tentu habis.

Bro selalu baca komen-komen para doktor terma­suk doktor perempuan yang menegur perangai `aneh’ itu, tetapi yang seronok perem­puan sendiri meroyan bila ditegur sedangkan para doktor itu bercakap berdasarkan fakta dan ilmu, bukan main belasah macam sesetengah kaum perempuan dok mengumpat hal orang tu.

Jadi Bro nak nasihatkan perempuan, kalau nak can­tik boleh sahaja tetapi berpada-pada jangan mudah terpengaruh dengan produk-produk yang akhirnya boleh memakan diri.

Bagi lelaki memiliki perempuan yang cantik memang menjadi idaman tetapi biarlah cantik luaran dan dalaman, jangan muka saja cantik tetapi perangai, hantu raya pun lari.

Satu lagi, perangai perempuan yang Bro tak berkenan suka sangat ber­hias ketika dalam kereta. Pantang lampu isyarat merah, pasti ada yang nak belek-belek muka, betulkan tudung la, pegang pipi la dan yang lucu siap ada baru nak pakai gincu lagi. Bila lampu dah bertukar hijau mula kelam kabut sampai ada yang Bro tengok jatuh gincu tu.

Terfikir juga Bro, kenapa mereka jadi macam itu, bangun tidur lewat ke atau banyak urusan kat rumah. Tapi Bro berprasangka baik saja, mungkin urus hal rumah sampai nak keluar pergi kerja pun tak sempat nak berhias.

Bagaimanapun Bro nak nasihatkan lebih baik tunggu sampai sahaja destinasi, lepas tu perbetulkan hiasan kat muka tu kalau rasa nak cantik sangat. Kadang kala orang lelaki tak pandang sangatpun, kalau dah lawa, tempek bedak cap Nyonya pun pasti cantik, betul tak?

Bro bukan apa, Bro kasihan tengok perempuan-perempuan macam itu. Kalau jadi apa-apa semasa memandu siapa yang susah, bukan sahaja mereka susah, orang lainpun susah jugak.

Bro cakap ni bukan tuduhan tau, Bro tengok sendiri sebab Bro ni tak suka main telefon bila lampu isyarat merah, Bro suka tengok sekeliling kot-kot la, ada ‘ancaman’ tetapi bila terpandang perempuan berhias dalam kereta, dah tak jadi ancaman dah, itu dah boleh dianggap `mengancam’ orang lain.

Bab main telefon bimbit kat lampu isyarat ni, Bro akui lelaki pun ada buat tetapi lelaki ini mereka tak terhegeh-hegeh bila lampu isyarat hijau, tetapi kalau perempuan, orang bunyi hon baru sedar nak jalan. Yang syok tu, bila kena hon siap ‘tarik muka’ lagi, dia yang salah, dia pula yang marah.

Sebenarnya banyak lagi gelagat buruk perempuan yang Bro fikir kena ubah demi kebaikan mereka dan juga mengelakkan lelaki bosan atau rasa muak. Teta­pi Bro berhenti di sini dulu, nanti dalam catatan seterusnya Bro tulis pula pasal perangai-perangai lain.

Bro tompok – pemandu berhemah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×