PARIS 4 Feb.- Perancis menyertai beberapa negara Eropah lain mengiktiraf ketua pembangkang, Juan Guaido sebagai Presiden sementara Venezuela setelah Presiden, Nicolas Maduro menolak desakan untuk melaksanakan pemilihan presiden baharu. Presidennya, Emmanuel Macron menyuarakan pengiktirafan tersebut menerusi akaun Twitternya. “Rakyat Venezuela mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan mereka secara bebas dan demokrasi. “Perancis mengiktiraf @jguaido (Juan Guaido) sebagai pemangku jawatan Presiden untuk melaksanakan proses pilihan raya,” tulisnya.-AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya