Perak idam julang Piala Sumbangsih - Utusan Malaysia

Perak idam julang Piala Sumbangsih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Juara Piala Malaysia musim lalu, Perak berjanji akan memberikan saingan sengit sekaligus cuba merampas Piala Sumbangsih yang kini berada dalam dakapan pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

Ketua jurulatih The Bos Gaurus, Mehmet Durakovic berkata, meskipun tugas itu bukan mudah untuk menundukkan juara Liga Super lima kali itu, namun pasukannya tetap yakin mampu mengatasi segala kemungkinan.

“Kami yakin mampu beraksi dengan baik dan sudah pastinya kita mahu julang Piala Sumbangsih.

“Kami sudah sedia mental dan fizikal untuk perlawanan malam esok, kita mesti dapatkan tiga mata penuh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sebelum perlawanan merebut Piala Sumbangsih esok di Hotel Thistle, Johor Bahru hari ini.

Mehmet mengakui kekuatan Harimau Selatan apabila bermain di padang lebih-lebih lagi bermain di laman sendiri namun yakin pasukannya yang dibarisi ramai pemain muda berbakat bakal cipta kejutan.

Perak akan turun menentang JDT esok bagi memulakan saingan Liga Malaysia musim ini di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN