Pepsi Black Vanila kini di pasaran - Utusan Malaysia

Pepsi Black Vanila kini di pasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Pepsi melancarkan Pepsi Black Vanila serba baharu yang menawarkan minuman kola tanpa kalori berperisa vanila yang kini boleh didapati dalam pek botol 400 mililiter (ml) di seluruh negara.

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., T. S. Santharuban berkata, Pepsi Black berjaya mendapat tempat dalam kalangan isi rumah di Malaysia de­ngan muncul sebagai peneraju segmen tanpa gula bagi kategori minuman lembut karbonat (CSD).

Menurut beliau, pencapaian itu memantapkan lagi pegangan Pepsi dalam industri makanan dan

PEPSI Black Vanila.
PEPSI Black Vanila. 

minuman (F&B) tempatan kerana mengambil kira perubahan sikap dan keinginan pengguna yang mahukan minuman sihat.

“Dalam masa enam bulan sahaja Pepsi Black telah mencapai tahap kesedaran dan kadar percubaan yang tinggi dan sepadan. Pencapaian hebat ini merupakan waktu yang tepat untuk kami memperkenalkan Pepsi Black Vanila.

“Pepsi Black Vanila tidak berkompromi daripada aspek kualiti rasa kola. Penyelidikan yang berterusan dan kemajuan teknologi membolehkan kami mencipta dan meningkatkan resipi Pepsi yang tiada tandingan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pepsi sehubungan itu mempelawa orang ramai untuk mencuba Pepsi Black Vanila bagi merasai sendiri rasa dari masa depan.

“Tiada apa yang dapat menandingi minuman Pepsi yang menyegarkan pada hari yang hebat. Rakyat Malaysia kini boleh merasai pengalaman minuman ini dengan gaya mereka,” ujar Santharuban.

Pepsi Black Vanila akan dikeluarkan untuk botol minuman 1.5 ml bermula April depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN