KUALA LUMPUR 21 Feb. – Penyokong Kelantan tidak perlu turun ke Stadium Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu malam esok selepas perlawanan menentang Perlis dalam aksi Liga Perdana dibatalkan ekoran penyingkiran pasukan itu daripada Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Kelantan bagaimanapun tetap menerusi latihan seperti biasa minggu ini bagi mempersiapkan pasukan untuk menghadapi perlawanan berikutnya, kata Unit Media Kelantan Red Warriors (KRW) dalam satu kenyataan hari ini.
“Selepas ini Kelantan akan menentang pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDTII) pada 2 Mac di Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru.
“Sebarang perubahan akan dipatuhi dan kami akan mengikut arahan badan pentadbir Liga Malaysia iaitu Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.
Semalam, MFL menerusi Ahli Lembaga Pengarahnya sebulat suara memutuskan untuk membatalkan penyertaan Perlis dalam Liga Malaysia 2019 berkuat kuasa serta merta selepas Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) gagal memberi jaminan kewangan yang kukuh dalam laporan mereka. – UTUSAN ONLINE










