KUALA LUMPUR – Polis telah menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang disyaki menyamun dan membelasah seorang wanita di dalam lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, di sini pada 14 Februari lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, suspek ditangkap di rumahnya di Taman Cheras di sini pada pukul 8.10 malam tadi.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an itu terlebih dulu telah menyamun sebuah premis serbaneka yang terletak kira-kira 500 meter dari stesen MRT berkenaan 15 minit sebelum dia menyerang mangsa.
Bagaimanapun katanya, suspek dipercayai tidak berpuas hati apabila hanya dapat melarikan beberapa kotak rokok sahaja sebelum pergi ke stesen MRT berkenaan untuk menyamun mangsa pada pukul 6.45 pagi.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











