Penunggang motosikal maut digilis lori kontena - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut digilis lori kontena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI 15 Feb. – Seorang penunggang motosikal maut digilis sebuah lori kontena di Jalan Besar Bagan Serai di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Masri Ramli, 63, disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Nasrizal Safila berkata, anggota dihantar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.13 tengah hari.

Katanya, semasa tiba di lokasi tersebut, mangsa didapati terbaring di bahagian tayar belakang kenderaan berat itu dan telah tidak bernyawa.

“Anggota bomba yang berada di tempat kejadian kemudiannya bertindak mengutip cebisan daging mangsa yang maut akibat digilis.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan pada pukul 12.54 tengah hari,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN