SEREMBAN – Seorang penunggang motosikal antik jenis Honda Cup bertindak nekad merempuh sekatan jalan raya dalam operasi bersepadu diketuai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena perayaan Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Senawang dekat sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu, lelaki berusia 34 tahun tersebut dipercayai bertindak demikian kerana bimbang dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa disebabkan mengubah suai motosikal tanpa kebenaran dan cukai jalan kenderaan telah tamat tempoh. Tindakannya itu bagaimanapun mengundang padah apabila dia gagal melepasi lorong kereta di plaza tol berkenaan sebelum terbabas dan terjatuh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya