Penunggang maut digilis treler muatan cerucuk - Utusan Malaysia

Penunggang maut digilis treler muatan cerucuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah treler yang membawa muatan cerucuk di Jalan Tetembok di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 pagi itu, mangsa, Mohammad Akif Aiman Abdul Malek, 20, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada badan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, penunggang motosika jenis Yamah 125ZR itu telah hilang kawalan sebelum memasuki laluan treler dan melanggar hadapan kenderaan itu sebelum digilis.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Treler berkenaan dari Lumut, Perak menghala ke Air Itam untuk menghantar muatan pembinaan. 

“Akibat kejadian itu, mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang di sini bagi urusan bedah siasat dan mengetahui punca sebenar kematian.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN