PULAU PINANG 15 Feb. – Seorang penumpang dikhuariti lemas setelah dipercayai terjatuh dari feri penumpang, Feri Pulau Undan hari ini. Menurut jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), mangsa dilaporkan terjatuh kira-kira pukul 9.20 pagi ke dalam laut dari feri penumpang itu di kedudukan 0.8 batu nautika Barat Laut Terminal Feri Butterworth. “Identiti mangsa belum dikenal pasti dan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan bermula pada pukul 9.50 pagi,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya