Penumpang bas maut di laluan Link Kedua - Utusan Malaysia

Penumpang bas maut di laluan Link Kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA – Seorang wanita berusia 35 tahun maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas di laluan Link Kedua menghala ke pusat pemeriksaan Tuas di sini awal pagi tadi.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) berkata, mangsa yang tidak dinyatakan kewarganegaraannya adalah penumpang bas berkenaan dan disahkan maut di tempat kejadian oleh paramedik.

ICA berkata, pemandu dan 11 lagi penumpang bas dibawa ke hospital.

“Siasatan polis masih berjalan,” katanya dalam kenyataan.

ICA berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan jalan raya yang melibatkan bas itu pada pukul 4.21 pagi. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN