Penjawat awam ditahan reman lima hari kes rasuah - Utusan Malaysia

Penjawat awam ditahan reman lima hari kes rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Seorang penjawat awam ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes melantik sebuah syarikat bagi kerja pembekalan cenderahati asnaf bernilai RM20,865 kira-kira dua tahun lalu.

Perintah reman keatas lelaki berusia 33 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman, Nur Haryatie Mohd. Saini sehingga 25 Februari ini.

Permohonan reman tersebut dibuat oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Khairi Abdul Karim.

Suspek yang diwakili peguam A. Kriyshanaa disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana disyaki menyalahgunakan kuasa untuk suapan.

Lelaki itu yang sebelum ini bertugas di Baitulmal Kuala Pilah terlebih dahulu ditahan oleh pegawai SPRM kira-kira pukul 3.30 petang semalam selepas dipanggil memberi keterangan di Pejabat SPRM Seremban.

Dia dipercayai menggunakan kedudukannya dengan mencadangkan dan mengesahkan permohonan bagi melantik syarikat dalam kerja pembekalan cenderahati asnaf.

Suspek dipercayai mempunyai kepentingan peribadi dalam kerja pembekalan itu yang mana sebenarnya kerja dijalankan sendiri olehnya menggunakan nama syarikat tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN