PUTRAJAYA 1 Feb. – Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) menjangkakan peningkatan hampir 16 peratus pergerakan penumpang yang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 pada tempoh puncak bermula hari ini hingga 13 Februari depan. Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, peningkatan itu membabitkan kira-kira 196,000 penumpang setiap hari ini. Dalam mendepani peningkatan berkenaan jelasnya, MAHB akan bekerjasama rapat dengan pihak-pihak berkuasa dengan menempatkan lebih banyak…










