SHAH ALAM – Para peniaga di seluruh negara dikesan masih berdegil terhadap penggunaan tanda harga merah jambu apabila mencatatkan kesalahan paling tinggi sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Tahun Baru Cina, sehingga semalam. Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, kesalahan itu merekodkan 69 kes daripada 108 kes dilaporkan hasil pemeriksaan terhadap 15,617 premis. Katanya, kesalahan kedua yang tertinggi dicatatkan…










