BERTUAH. Seorang pengusaha ladang limau dari Terengganu, Yahaya Abdullah menjadi pemenang jutawan terakhir Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN SSP) untuk tahun 2018. Beliau memenangi simpanan tunai bernilai RM1 juta menerusi Cabutan Istimewa BSN SSP untuk bulan Disember lalu bagi mengakhiri kempen ‘Pencarian Diteruskan! 12 juta ringgit, 12 jutawan, 12 bulan’ yang diadakan di Wisma BSN, Kuala Lumpur baru-baru ini. Ketua Pegawai Eksekutif BSN, Datuk Yunos Abd. Ghani berkata,…










