MARAN 4 Feb. – Dua rakan kongsi kerugian kira-kira RM22,000 apabila lebih lima tan ikan patin yang diusahakan mereka di kolam pancing di Felda Sungai Nerek di sini mati dipercayai kekurangan oksigen kelmarin. Pengurus kolam, Jamaluddin Said, 47, berkata, kejadian itu berlaku kerana saluran paip yang membekalkan air ke kolam pecah akibat kerja pembesaran projek jalan Simpang Tol Chenor-Bandar Tun Abdul Razak Jengka. “Sampel ikan mati telah dibawa ke Pejabat…










