Pengurus Rumah Kanak-Kanak Taiping diarah bercuti - Utusan Malaysia

Pengurus Rumah Kanak-Kanak Taiping diarah bercuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING – Pengurus Rumah Kanak-Kanak Taiping di sini yang didakwa memukul seorang penghuni lelaki Ahad lepas telah diarahkan bercuti sehingga siasatan polis selesai.

Naib Presiden rumah berkenaan, T. Kunasegeram berkata, tindakan terhadap pengurus berumur 70 tahun itu diambil sehingga pihaknya mengadakan mesyuarat agung tergempar pada 3 Mac depan.

“Kanak-kanak berusia 12 tahun itu mengakui dia membuat salah dan menyifatkan tindakan diambil oleh pengurus terhadapnya bertujuan mendisiplinkan dia dan memberi pengajaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiada unsur penderaan,” katanya kepada pemberita selepas lawatan mengejut Exco Kesejahteraan Sosial, Pembangunan, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri Wong May Ing ke rumah kebajikan itu.

Dalam kejadian Ahad lalu, seorang lelaki memukul seorang penghuni di premis tersebut hanya kerana kanak-kanak itu melekatkan gula-gula getah pada kereta milik pengurus berkenaan dan insiden tersebut tular di media sosial. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN