Pengguna LPT cemas asap tebal dari terowong - Utusan Malaysia

Pengguna LPT cemas asap tebal dari terowong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG 1 Feb. – Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) hari ini berdepan detik cemas apabila asap tebal keluar dari terowong Genting Sempah di sini, awal pagi ini

Kejadian menyebabkan berlaku kesesakan luar biasa di laluan berkenaan dan laluan kontra turut dibuka bagi mengelakkan kesesakan berterusan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bentong, Zainal Abidin Nong Chik berkata, kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu berpunca daripada enjin sebuah treler yang me­ngalami kepanasan melampau.

“Bomba yang bersiap sedia sempena musim perayaan sampai pada pukul 1.46 pagi mendapati enjin lori berkenaan terlebih panas menyebabkan keluar asap.

“Tiada kebakaran yang berlaku dan pihak bomba mengambil masa kira-kira 10 minit bagi mengeluarkan asap daripada terowong berke­naan,” katanya di sini, hari ini

Dalam pada itu, Zainal memberitahu, pihak bomba yang pada mulanya menghentikan sementara laluan itu bagi mengenal pasti punca kejadian menyerahkan kes itu kepada pihak polis dan pihak lebuh raya.

Ujarnya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian sempena permulaan cuti Tahun Baharu Cina itu.

Difahamkan, kejadian itu me­ngakibatkan pengguna lebuh ra­ya tersebut terpaksa berdepan de­­ngan kesesakan sejauh 11 kilometer sebelum kerja-kerja penga­lihan ken­de­raan dilakukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN