KUALA LUMPUR 7 Feb. – Seorang penggubah bunga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas dua pertuduhan mencederakan dua wanita termasuk ibu saudaranya menggunakan asid Januari lalu. Tertuduh, Shafiqah Izzati Badrul Hisham, 22, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Suzana Hussin. Mengikut pertuduhan, Shafiqah didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap ibu saudaranya, Rafzaliza Rafli , 34, dan Nadia Mohd, Khalid,…










