Penggabungan fakulti punca tidak puas hati - Mohd. Rizon - Utusan Malaysia

Penggabungan fakulti punca tidak puas hati – Mohd. Rizon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Penggabungan Fakulti Penulisan dan Fakulti Perfileman di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) awal tahun ini dipercayai menjadi punca kepada wujudnya rasa tidak puas hati dalam kalangan alumni institusi pengajian berkenaan.

Rektor Aswara, Prof. Datuk Ir. Dr. Mohd. Rizon Juhari berkata, pihaknya melihat bahawa penulisan kreatif dan penulisan skrin perlu berada di bawah satu bumbung dengan elemen filem serta televisyen kerana mereka saling melengkapi.

Ujarnya, perkara itu juga dilaksanakan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang meletakkan filem, teater dan animasi di bawah satu fakulti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita percaya ini akan melahirkan graduan yang pelbagai disiplin untuk masuk ke pasaran pekerjaan. Kita tidak pernah memperlekehkan kegiatan seni khususnya penulisan.

“Walaupun digabungkan pengurusan dan pentadbiran, tetapi peruntukkan tahunan bagi pelaksanaan program akademik dan program peluasan tetap disalurkan seolah-olah mereka sebagai dua fakulti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Persatuan Alumni Aswara hari ini melancarkan petisyen dalam talian bagi mendesak Mohd. Rizon ditamatkan perkhidmatan.

Petisyen dimulakan Nur Lina Mastura Tajaludin itu mendakwa beberapa sikap negatif sering dipamerkan rektor terbabit selain gagal menunjukkan ciri-ciri pemimpin boleh dicontohi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×