Pengesahan SPRM bukti Pas difitnah - Utusan Malaysia

Pengesahan SPRM bukti Pas difitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Pengesahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa tiada dana RM90 juta daripada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dimasukkan ke dalam akaun bank rasmi Pas membuktikan dakwaan sebelum ini hanya pembohongan, fitnah liar dan tohmahan semata-mata.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tuduhan yang berniat jahat itu juga bertujuan memburukkan imej dan integriti Pas terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Sehubungan itu, Pas menyeru semua pihak agar dapat menerima pengesahan daripada SPRM ini sebagai suatu fakta sahih yang dibuat hasil siasatan yang telus, profesional dan dengan ‘without fear or favour’ kepada mana-mana pihak.

“Pas mengucapkan terima kasih dan menghargai pengesahan yang dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull hari ini bahawa hasil siasatan SPRM menunjukkan tiada kemasukan sejumlah RM90 juta juta ke dalam akaun Pas daripada mana-mana pihak termasuk daripada 1MDB.

“Pas juga menggesa agar isu ini dihentikan dengan segera dan Pas akan mengambil segala tindakan mengikut undang-undang sekiranya ada lagi pihak yang meneruskan fitnah seumpamanya terhadap PAS. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN