Pengawal keselamatan sekolah cedera diserang beruk liar - Utusan Malaysia

Pengawal keselamatan sekolah cedera diserang beruk liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN –  Seorang pengawal keselamatan sekolah berdepan dengan saat cemas apabila diserang seekor beruk jantan liar seberat hampir 20 kilogram (kg) di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mentangau di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, Norhisham Mohamed Nor, 40, cedera di bahagian kaki dan kepala selepas bergelut dengan haiwan liar terbabit.

Beliau berkata, sewaktu kejadian, dia sedang duduk di sebuah kerusi di pekarangan pondok pengawal SK Durian Mentangau sebelum bingkas bangun selepas merasai kakinya disentuh oleh haiwan berbulu.

“Beruk liar itu menerkam kaki saya menyebabkan berlaku pergelutan sebelum kepala saya berdarah akibat terhantuk pada besi penghadang yang terdapat di pondok pengawal berkenaan.

“Saya bernasib baik sempat mencapai sebatang besi yang menyebabkan beruk liar bertindak melarikan diri apabila saya mengacah untuk memukulnya,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online di sini hari ini.

Norhisham berkata, dia dimaklumkan beruk liar itu telah ditembak mati oleh seorang penduduk berhampiran kawasan sekolah tidak lama selepas kejadian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN