Pengawal keselamatan cemas pondok pengawal ditembak dua lelaki - Utusan Malaysia

Pengawal keselamatan cemas pondok pengawal ditembak dua lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seorang pengawal keselamatan berhadapan detik-detik cemas apabila pondok pengawal di sebuah restoran yang masih dalam pembinaan di Jalan Tambun di sini ditembak individu tidak dikenali awal pagi tadi.

Difahamkan, premis berkenaan sebelum ini pernah menerima ancaman sama pada pada 5 Februari lalu dan kelmarin, namun laporan polis hanya dilakukan untuk dua kejadian terbaharu.

Menurut pengawal tersebut, A. Paskanathen, 67, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.50 pagi itu, dia berada di dalam pondok pengawal tersebut sebelum dikejutkan bunyi motosikal yang berhenti di hadapan pondok berkenaan.

“Saya betul-betul takut apabila melihat lelaki yang membonceng motosikal melepaskan tembakan dan terkena cermin pondok pengawal ini sebelum kedua-dua mereka beredar.

“Ini merupakan kejadian ketiga. Pada 5 Februari lalu, cermin restoran pecah ditembak dan kelmarin juga sama,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian tengah hari tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN