MENEMBAK. Kira-kira 50 orang, termasuk ketua-ketua jabatan kerajaan di daerah Kuala Muda menyertai Program Menembak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda Bersama Pengamal Media Negeri Kedah di Pusat Latihan Rela Wilayah Utara, Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, program itu memberi peluang kepada peserta mempelajari teknik pengunaan senjata dan cara menembak yang betul.
Menurutnya, program itu berjaya mengeratkan hubungan baik antara satu sama lain selaras dengan kehendak dan saranan pasukan iaitu ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.
Turut serta Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Sazalee Adam.










