Pengacara Sarimah kini hamil 4 bulan - Utusan Malaysia

Pengacara Sarimah kini hamil 4 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tiga tahun mendirikan rumah tangga, impian pengacara dan penyampai radio popular, Sarimah Ibrahim untuk menimang cahaya mata akhirnya tercapai apabila kini hamil.

Lebih istimewa kehamilan yang hampir mencecah empat bulan tersebut bukan menerusi rawatan persenyawaan in vitro (IVF) seperti yang pernah dinyatakan pada tahun lalu, sebaliknya berlaku secara semula jadi.

“Kekal dengan hidup sihat dan sentiasa berdoa kepada Allah menjadi kunci kepada kurniaan cahaya mata ini. Mulanya saya fikir tidak boleh mengandung secara semula jadi memandangkan saya berusia 41 tahun manakala suami pula 47. Ingat sudah terlepas waktu tetapi alhamdulillah Tuhan mengabulkan doa kami.

“Itulah kuasa Allah, saya tidak sempat pun melakukan IVF dan rezeki datang pada bila-bila hanya dengan perancangan-Nya,” luah Sarimah kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Terdahulu, wanita berdarah kacukan Melayu-Irish itu mendedahkan khabar gembira tersebut menerusi Instagramnya sebentar tadi.

“Alhamdulillah, ini adalah kejutan besar hadir dalam hidup kami pada hujung tahun lalu. Sebenarnya, agak sukar untuk kami menyimpan rahsia ini sampailah sekarang. Untuk pelanggan dan beberapa urusan perniagaan yang terpaksa saya batalkan beberapa bulan lalu, sekarang anda tahu kenapa.

Beliau yang mendirikan rumah tangga bersama cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 47, mengakui gementar namun teruja menanti kelahiran cucunda sulung Almarhum Tuanku Ja’afar Almarhum Tuanku Abdul Rahman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×