PUTRAJAYA – Pembayar cukai yang menerima surat atau e-mel Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak perlu bimbang sebaliknya, perlu menghubungi lembaga tersebut untuk penjelasan lanjut. Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah berkata, kira-kira 8.3 juta surat dan e-mel yang dikeluarkan oleh LHDN kepada pembayar cukai berdaftar merupakan makluman berkenaan PKPS yang mula dilaksanakan pada 3 November lalu dan akan berakhir pada 30…










