Penduduk Selangor diingatkan tidak lakukan pembakaran terbuka - Utusan Malaysia

Penduduk Selangor diingatkan tidak lakukan pembakaran terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor hari ini memberi amaran kepada orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka terutamanya di kawasan hutan kerana dikhuatiri akan merebak berikutan faktor cuaca kering ketika ini yang seterusnya boleh mengakibatkan jerebu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian berkata, mereka yang masih berdegil dan didapati mencetuskan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada, antaranya kompaun sehingga RM500,000 atau penjara, jika sabit kesalahan.

“Kita telah mengenal pasti beberapa lokasi dan hutan yang sering terjadinya kebakaran pada musim panas kering. Contohnya di Johan Setia, Klang, ada pihak membenarkan pembakaran sampah secara haram dilakukan di tanah mereka.

“Kita akan ambil tindakan sekiranya mereka masih membenarkan aktiviti sama berlaku kali ini yang mana bukan setakat pendakwaan di mahkamah, malah kita akan rampas tanah mereka bagi mengelakkan pembakaran haram yang menjejaskan alam sekitar berulang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pada masa sama beliau berkata, Unit Bencana Selangor dan agensi berkaitan telah bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang musim panas dan kering ketika ini. – Bernama

 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN