Pendigitalan punca peluang pekerjaan makin sedikit - Menteri - Utusan Malaysia

Pendigitalan punca peluang pekerjaan makin sedikit – Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Era pendigitalan yang sedang berlaku kini menyebabkan
peluang pekerjaan semakin terjejas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, beliau menyarankan agar rakyat menceburkan diri dalam sektor keusahawanan bagi menjana pendapatan di samping menyumbang kepada ekonomi negara. 

“Kita kena akui era pendigitalan ini menyebabkan sektor pekerjaan semakin terjejas. Sebab itulah kementerian perlu memikirkan cara supaya perkembangan era pendigitalan ini tidak memberi kesan yang terlalu besar terhadap sektor pekerjaan. 

“Kita juga menyasarkan supaya setiap usahawan dapat menggaji sekurang-kurangnya empat pekerja supaya rantaian pekerjaan tidak terhenti setakat itu dan peluang-peluang baru sentiasa ada,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran platform pemasaran digital baharu, Growth Malaysia dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN