Pencari siput ditemui selamat selepas lima jam hilang - Utusan Malaysia

Pencari siput ditemui selamat selepas lima jam hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJONG KARANG – Seorang pencari siput ditemui selepas hilang lebih lima jam di hutan paya bakau Kampung Sungai Yu, di sini semalam.

Shahrizan Sarbini, 39, ditemui pukul 7.50 malam dalam keadaan lemah dan kekejangan otot kaki. 

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang, Penolong Penguasa Bomba Azmi Abbas berkata, berdasarkan maklumat awal mangsa bersama lima rakannya  memasuki kawasan hutan paya bakau berkenaan untuk mencari siput pada pukul 8 pagi. 

Katanya, bagaimanapun rakan mangsa mendapati Shahrizan tidak tiba di tempat pertemuan keluar dari hutan pukul 2.15 petang sebelum dua rakan mencari mangsa sehingga pukul 5 petang. 

“Seramai tujuh anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 5.53 petang. 

“Mangsa kemudiannya ditemui pukul 7.40 malam dalam keadaan lemah dan mengalami kekejangan otot kiri pada jarak 1.5 kilometer dari pos kawalan operasi mencari dan menyelamat  yang dibuka oleh pihak kami,”katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN