Pemuda Pas desak DAP disiasat - Utusan Malaysia

Pemuda Pas desak DAP disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 13 Feb. – Pemuda Pas pagi ini membuat laporan polis di seluruh negara mendesak agar siasatan dijalankan ke atas dakwaan bahawa DAP menerima dana asing termasuk dari Israel.

Naib Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, laporan secara besar-besaran itu dilakukan sebagai tekanan kepada kerajaan supaya isu dana kepada DAP yang sudah lama tular dalam media tidak dibiarkan tanpa tindakan.

Beliau berkata, jika Pas boleh disiasat atas dakwaan menerima dana RM90 juta maka tiada sebab sepatutnya menghalang siasatan sama dilakukan ke atas DAP.

“(Pelbagai) dakwaan bahawa DAP menerima dana asing telah tular di media sejak beberapa tahun ini tetapi kita lihat tiada tindakan tuntas pihak berkuasa untuk menyiasat.

“Penerimaan dana asing oleh DAP adalah perkara menyalahi integriti dan undang-undang kerana ia boleh membawa ugutan dan ancaman kepada kedaulatan negara.

“DAP adalah sebahagian daripada tulang (belakang) pentadbiran kerajaan hari ini jadi kita mahu supaya akaun DAP disiasat polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya dibuktikan mereka tidak menerima dana asing sebagaimana didakwa,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Pas Kelantan ditemui selepas laporan polis dibuat oleh ahli Pemuda Pas negeri, Mohd Suhaizi Kadir di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini hari ini.

Ahmad Fadhli berkata, antara dakwaan yang serius sebelum ini adalah pendedahan bekas Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Mohamad Razali Abdul Rahman yang mendakwa DAP mengambil wang rasuah RM300 juta dari Israel.

“Sehingga sekarang DAP tidak menyaman individu ini dan ia menunjukkan seolah-olah ini dakwaan yang betul dan jika DAP terima dana dari Israel dan Yahudi maka kita boleh buat kesimpulan DAP bergerak mengikut telunjuk Israel dan Yahudi.

“Tidak pelik bila kita lihat gerakan politik kerajaan hari ini adalah hasil daripada pemberi dana terlibat,” katanya.

Beliau berkata, kenyataan daripada Preaiden International Republican Institute (IRI), Daniel Twining sendiri secara terbuka menyatakan pihaknya memberi dana kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU 14) yang lalu juga perlu disiasat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN