DUNGUN – Seorang lelaki warga Pakistan dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan ombak besar ketika mandi-manda bersama tiga rakannya di Pantai Petak, Paka di sini petang tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa, Muhammad Bilal Muhammad Akram, 24, dikatakan lemas selepas dipukul ombak besar ketika cuba mengambil bola yang hanyut ke tengah laut. Menurut rakan mangsa, Muhammad Kassim, 30, Muhammad Bilal baru sahaja tiba dari Lahore, Pakistan empat hari lalu kerana melawat rakan-rakannya yang bekerja di sini. “Pada awalnya, kami sudah berjaya memegang tangannya, tetapi disebabkan ombak besar tiba-tiba datang,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya