Pemimpin pembangkang Venezuela cabar sekatan kerajaan - Utusan Malaysia

Pemimpin pembangkang Venezuela cabar sekatan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARACAS 22 Feb. – Pemimpin pembangkang Venezuela, Juan Guaido menuju ke sempadan Colombia untuk secara peribadi membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan.

Jurucakap Guaido memberitahu, pemimpin berusia 35 tahun yang diiktiraf sebagai Pemangku Presiden oleh lebih 50 buah negara, bertindak sedemikian sebagai bentuk tentangan terhadap pemerintah yang disokong tentera.

Beliau memulakan perjalanan sejauh 900 kilometer itu dari Caracas bersama beberapa kenderaan bagi mengalu-alukan bantuan antarabangsa walaupun berdepan sekatan kerajaan. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×