KOTA BHARU 27 Feb. – Para pemimpin Islam dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) disifatkan gagal memainkan peranan dalam menangani isu penghinaan ke atas Islam dan Nabi Muhammad SAW yang semakin menjadi-jadi di negara ini. Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Nor berkata, melihat kepada keadaan semasa itu, konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ yang dilaungkan Malaysia Baharu jelas penuh kepalsuan dan gagal membela Islam tatkala agama itu dihina dan dikeji. Malah…










