Pemilik bangunan dicadang beli tanah selesaikan isu ceroboh - Utusan Malaysia

Pemilik bangunan dicadang beli tanah selesaikan isu ceroboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pemilik bangunan komersial yang menceroboh dua lot tanah kerajaan di Medan Imbi, Bukit Bintang, Kuala Lumpur bercadang untuk membeli tanah itu sebagai jalan penyelesaian kepada isu tersebut.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, perbincangan antara pihak kementerian dan pemilik bangunan sedang dibuat namun ia perlu diperhalusi termasuk mengambil kira kehendak penduduk setempat.

“Pemilik bangunan telah menulis surat secara rasmi kepada kementerian yang mana mereka cadangkan untuk beli tanah itu.

“Itu cadangan mereka tetapi kami (kementerian) masih perlu berbincang dan kami juga buat kaji selidik dengan penduduk sekeliling mengenai kehendak mereka,” katanya kepada pemberita selepas program Hari Tanpa Kereta sempena Hari Wilayah 2019 di Dataran Putrajaya di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Aminuddin Hassim.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan pembelian tanah adalah antara solusi yang dicadangkan oleh Khalid dalam menyelesaikan isu pencerobohan dua lot tanah kerajaan di Medan Imbi, Bukit Bintang.

Sementara itu, mengulas mengenai pencerobohan dua lagi lot tanah milik kerajaan di Mukim Petaling dan Mukim Setapak, Kuala Lumpur, Khalid berkata, pemilik bangunan telah menghubungi kementerian secara tidak rasmi.

“Mereka diberi tempoh masa sehingga hujung bulan ini jadi kita tunggu.

“Buat masa ini, mereka belum lagi berhubung tetapi secara tidak rasmi, ia sudah bermula dan mereka (pemilik) mahu tahu apa pilihan yang ada buat mereka,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×