Pemandu pelancong campak ganja ketika diserbu polis - Utusan Malaysia

Pemandu pelancong campak ganja ketika diserbu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – Cubaan seorang pemandu pelancong untuk melarikan diri sambil mencampakkan sebuah beg berisi dadah jenis ganja gagal apabila dia ditahan sepasukan polis di Kampung Perana, Mukim Ulu Melaka di sini semalam.

Dalam operasi Ops Tapis kira-kira pukul 12 tengah malam itu, polis merampas dua ketulan mampat tumbuhan kering disyaki ganja dianggarkan seberat 861 gram.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah dan Daerah Langkawi serta Balai Polis Kuah, Kuala Teriang, Padang Matsirat dan Air Hangat pergi ke bilik tidak bernombor tersebut untuk melakukan pemeriksaan.

“Pasukan polis kemudian ternampak seorang lelaki keluar dari bilik berkenaan sambil memegang sebuah beg berzip warna merah sebelum suspek bertindak agresif dan cuba melarikan diri.
“Suspek pada masa sama turut mencampakkan beg yang dipegangnya itu ke lantai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, suspek berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan pada badan suspek tidak menemui barang salah.

“Pemeriksaan lanjut menemui dua ketulan mampat disyaki ganja di dalam beg yang dicampakkan suspek tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan memiliki satu rekod dadah di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Suspek yang berasal dari Kampung Bayas, Mukim Ulu Melaka disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952 kerana mengedar dadah,” katanya. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN