GERIK – Seorang pemandu maut selepas treler yang dipandu hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam longkang di Kilometer 30 Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pada pukul 10 pagi itu, mangsa, Abdul Halim Mat Noor, 51, yang berasal dari Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, siasatan awal mendapati treler yang membawa muatan habuk simen itu sedang dalam perjalanan dari arah Gerik menghala ke Jeli. “Tiba di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya