Pemandu Australia dipenjara 46 tahun, langgar enam maut - Utusan Malaysia

Pemandu Australia dipenjara 46 tahun, langgar enam maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY 22 Feb. – Seorang pemandu dihukum penjara minimum 46 tahun hari ini setelah menyebabkan enam maut di jalan membeli-belah Melbourne.

Hakim Mark Weinberg menyifatkan kejadian tersebut sebagai salah satu pembunuhan besar-besaran terburuk di negara itu.

Menurutnya, tertuduh yang dibawah pengaruh syabu menyedari tindakannya pada waktu kejadian itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada Januari tahun lalu, James Gargasoulas, 29, menyerang menggunakan kereta di kawasan membeli-belah Bourke Street yang mengorbankan enam orang termasuk bayi berusia tiga bulan, kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, pelajar Jepun dan berbelas lagi yang cedera.

Saksi kejadian mengambarkan ‘badan berterbangan di udara dan orang ramai berlarian untuk mengelak kenderaan laju yang dipandu tertuduh. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×