Pelan Induk Port Dickson diubah suai - Utusan Malaysia

Pelan Induk Port Dickson diubah suai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Pelan Induk Port Dickson yang merupakan sebuah program pembangunan komprehensif daerah ini dijangka mengalami sedikit pengubahsuaian.

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengubahsuaian itu disebabkan beberapa projek besar baharu membabitkan sektor pelancongan dan infrastruktur mahu dilaksanakan di Port Dickson.

“Menteri Besar Negeri Sembilan, Exco berkaitan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson akan memberikan ruang sepenuhnya untuk diberikan input walaupun dah hampir tamat untuk dimuktamadkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Perayaan Ponggal 2019 peringkat Parlimen Port Dickson di Bandar Springhill dekat sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pelan Induk Port Dickson merupakan sebuah program pembangunan komprehensif yang mengadunkan pelan pembangunan secara holistik, mesra alam dan mampan.

Anwar pada 29 Disember lalu memaklumkan, Port Dickson akan mempunyai pelan struktur lengkap dan menyeluruh secara besar-besaran dalam usaha mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan utama.

Pelan tersebut akan menyaksikan beberapa projek pembangunan akan dibina di sini antaranya dua buah hotel bertaraf lima bintang, pusat perdagangan dan medan selera bersaiz besar.

Sementara itu, Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau belum diputuskan dan perkara itu akan dibincangkan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×