DUNGUN 13 Feb. – Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Pulut maut setelah motosikal yang ditunggangi berlanggar dengan sebuah kereta di Kilometer 23, Jalan Dungun – Bukit Besi dekat sini pagi tadi. Muhammad Haziq Irfan Ismail, 14, dari Kampung Pinang di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas tercampak beberapa meter dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu. Ketua Polis Daerah, Superintenden…