Pekerja kilang maut motosikal terbabas - Utusan Malaysia

Pekerja kilang maut motosikal terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 15 Feb. – Seorang pekerja kilang di Singapura menemui ajal selepas motosikal jenis Honda Future ditunggangnya terbabas dalam kemalangan di Kilometer 11.3 Lebuhraya Linkedua arah utara di sini pagi hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 7.03 pagi itu, mangsa, Teoh Choon Poh, 54, disahkan meninggal dunia di lokasi selepas cedera parah pada kepala dan badan.

Difahamkan, mangsa dipercayai mengantuk menunggang seorang diri dalam perjalanan dari tempat kerjanya di Singapura menuju ke rumah terletak di Gelang Patah di sini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, sejurus tiba di tempat kejadian, lelaki itu dikatakan gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke bahu kiri jalan.

“Akibat kemalangan itu mangsa tercampak ke bahu kiri jalan dan mengalami cedera parah pada bahagian kepala dan anggota badan.

“Lelaki itu disahkan meninggal dunia sejurus pihak ambulans sampai di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Ibrahim, Kulai dekat sini untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN