Pecah amanah: Pengarah syarikat lesapkan wang RM411,370 didakwa - Utusan Malaysia

Pecah amanah: Pengarah syarikat lesapkan wang RM411,370 didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Seorang pengarah syarikat menjual kenderaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan pecah amanah berhubung penjualan sebuah kereta bernilai RM411,370, dua tahun lalu.

Kelvin Tong Teng Hoe , 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin.

Berdasarkan pertuduhan dikemukakan, tertuduh sebagai agen diamanahkan oleh Syarikat Faigam Tuning Pit untuk menjual kereta BMW model M6 berharga RM411,370.00 telah melakukan pecah amanah dengan menjual kereta itu tanpa persetujuan dan pengetahuan daripada pemilik dan gagal menyerahkan hasil jualan tersebut kepada syarikat itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesalahan tersebut dilakukan lelaki itu di Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan, Setapak di sini pada 1 Ogos 2017 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebatan dan hendaklah juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Khairiyah Samsudin dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebatan dan hendaklah juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×