PDRM siasat Nazri Aziz di bawah Akta Hasutan - Utusan Malaysia

PDRM siasat Nazri Aziz di bawah Akta Hasutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz akan disiasat di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataannya dalam satu ceramah politik di Semenyih, Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, setakat semalam satu laporan polis telah diterima berhubung kes tersebut. 

“Siasatan berhubung kes tersebut sedang dilakukan dan kita akan turut memanggil beberapa individu untuk dirakamkan keterangan mereka. 

“Sebaik dilengkapkan, kertas siasatan akan dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya secepat mungkin bagi tindakan seterusnya,” katanya pada satu sidang akhbar selepas mengempurnakan majlis Peringatan Ulang Tahun Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Ke-63 di Markas FRU di sini hari ini. 

Jelas Mohamad Fuzi, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN