SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan akan memberikan ganjaran kepada mana-mana pihaknya yang boleh menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pemberiaan habuan itu bagaimanapun bergantung kepada keadaan sehingga terdapat keperluan daripada pihaknya. “Kalau bagi habuan sekalipun, kita perlu bersedia dengan wang tunai dan ganjaran serta sebagainya. “Kalau ada keperluan,…










