SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum memutuskan untuk memansuhkan tawaran diskaun ke atas bayaran saman trafik. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya akan mendapatkan butiran lengkap mengenai tawaran diskaun ke atas saman trafik dan merujuknya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) terlebih dahulu sebelum memberi sebarang kata putus. Beliau berkata, pemberian diskaun itu bertujuan meringankan beban bayaran saman yang dikumpul pesalah trafik, menggalakkan mereka melunaskannya…










