PBT, henti menyiksa kucing - Utusan Malaysia

PBT, henti menyiksa kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 14 Februari lalu, saya menerima maklumat mengatakan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan mengadakan operasi menangkap kucing jalanan yang kemudiannya akan melalui proses put to sleep (PTS) menggunakan racun.

Perkara ini juga tular dalam media sosial yang mana dikatakan penangkapan kucing secara besar-besaran di Larkin Central pada 18 Februari lalu. Walau bagaimanapun, ia tidak menyebut pihak terbabit sebagai MBJB.

Saya lantas membuat laporan polis pada 16 Februari lalu meminta pihak berkuasa itu menjalankan siasatan sama ada ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Sebelum membuat laporan polis, saya mendapatkan khidmat nasihat daripada tiga orang peguam.

Sekadar catatan, ada antara kami mahu membuat laporan polis tetapi gagal kerana tidak mendapat kerjasama atas pelbagai alasan.

Ini sepatutnya tidak berlaku. Ahli-ahli kumpulan kami di Sabah, Pahang dan Johor juga berdepan masalah sama. Sepatutnya pihak polis tidak boleh menidakkan atau enggan menerima mana-mana laporan yang ingin dibuat oleh orang awam.

Sebelum ini, tidak pernah ada laporan polis dibuat ke atas pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertindak kejam terhadap haiwan jalanan.

Hal ini mungkin berlaku kerana takut, tiada kerjasama daripada PBT atau tidak tahu ada undang-undang yang tidak membenarkan tindakan sedemikian tanpa kebenaran mahkamah.

Kami mahu menetapkan titik-tolak (precedent) baharu di mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjaga kebajikan haiwan jalanan akan membuat laporan polis ke atas mana-mana PBT yang melakukan kekejaman ke atas kucing dan anjing jalanan tanpa mendapat kebenaran mahkamah, kerana itulah yang sering dilakukan mereka selama ini.

NADURA KAMARULZAMAN

Pengasas merangkap

Bendahari Kumpulan Bantu Kucing Jalanan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN