Pas bertelingkah dalam Pakatan Rakyat kerana agenda Islam ditentang - Utusan Malaysia

Pas bertelingkah dalam Pakatan Rakyat kerana agenda Islam ditentang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi menegaskan faktor utama persengketaan antara partinya dengan komponen lain Pakatan Rakyat sebelum ini adalah kerana gabungan itu menentang agenda Islam yang ingin dilaksanakan Pas.

Abdul Hadi menjelaskan perkara tersebut dalam laman Twitter beliau hari ini, dan dipercayai perkara sama diperkatakan sewaktu beliau berceramah di Muar, Johor semalam.

“Semalam berceramah di Muar, tempat bersejarah bagi Pas. Di sini para ulama bermuzakarah tentang kedudukan Islam sehingga tercetusnya cadangan penubuhan Pas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berkongsi cerita kenapa Pas bertelingkah dalam Pakatan Rakyat dahulu. Tidak lain tidak bukan kerana mereka menentang agenda Islam yang kita mahu laksanakan,” katanya dalam akaun media sosialnya itu.

Kata Abdul Hadi lagi, beliau juga pernah berhujah dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pilihan raya kerajaan tempatan yang tidak boleh dilaksanakan kerana akan menimbulkan ketegangan kaum.

“Namun mereka tetap masukkan dalam manifesto dan Pas tidak setuju,” kata Abdul Hadi.

Pakatan Rakyat yang dianggotai Pas, PKR dan DAP yang dibentuk untuk menghadapi Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013, namun dibubarkan pada tahun 2015 selepas Pas keluar daripada gabungan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×