SEOUL 2 Feb. – Amerika Syarikat (AS) dan Korea Utara dilaporkan bakal mengadakan sidang kemuncak kedua di perkampungan Panmunjom. Perkara itu dilaporkan oleh agensi berita Korea Selatan, Yonhap yang memetik sumber berkaitan. “Tarikh dan tempat dialog antara AS-Korea Utara belum diumumkan tetapi Panmunjim berkemungkinan menjadi venue pilihan buat masa ini,” kata sumber diplomatik tersebut. – BERNAMA










